going to Architecture school?

FAQ: Jawapan selalu orang nak tau
Interview 1: UKM,UTM
Interview 3: Interview question
Part 1: preparation
Part 2: First sem studio
Part 3: Manual guide to buy archi PC desktop
Part 4: Studio sem 5

Followers

Tolong Isi Tabung Saya :)

Wednesday, July 31, 2013

Biskut Ferrero


Sempena dah nak raya ni..saya bebesar hati nak share resepi ni..sedap biskut ni :D

Bahan-bahan:
250gm mentega
150gm gula kastor ( kalau boleh paling halus)
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
30gm serbuk roti kuning
100gm serbuk badam
100gm tepung jagung | ayak
300gm tepung red rose( self rising flour) | ayak
250gm badam cincang | panggang
300gm coklat masakan

Cara-cara:
1.campur mentega, gula kastor & kuning telur. Pukul hingga kembang & gula hancur..kire sebati.
2.Campur tepung jagung, tepung red rose, serbuk badam dan serbuk roti. Kemudian masukkan dalam adunan tadi.
3. Gaul hingga sebati. Adunan ni tak terlalu lembik, kental2 sikit.
4.Uli bulat-bulat kecil. Jangan besar sgt sebab die menaik nnt
5. Golekkan dalam putih telur & salut badam cincang
6.Bakar dalam oven pada suhu 180'c selama 20-30 minit..tengok die macam dah kuning2 tu boleh keluarkan..jgn lame sgt sbb nnt hangus.
7.Bila biskut dah sejuk,cairkan coklat secara double boiler*. Boleh la celup biskut dalam coklat & masuk dalam mankuk kertas...
taraaa....siap! 

*nota kaki: double boiler tu contohnya gini: coklat dalam mangkuk/periuk A..rendam dlm air atas periuk B, masak atas dapur dalam api yang sederhana.. 

link

Related Posts with Thumbnails